Pembinaan surau ini
bukan sekadar untuk menyediakan sebuah tempat ibadah, tetapi lebih daripada itu,
ia bertujuan untuk membina sebuah pusat komuniti yang dapat memenuhi
keperluan rohani dan sosial masyarakat setempat.
Keperluan terhadap pembinaan Surau At-Taqarrub ini semakin mendesak kerana
surau asal iaitu Surau Nurul Sham di mana tapaknya dituntut oleh waris pemilik asal.
Selain itu, jumlah penduduk di kawasan ini semakin bertambah, manakala
kemudahan ibadah yang sedia ada tidak lagi mampu menampung kapasiti jemaah,
khususnya pada waktu-waktu solat berjemaah, solat Jumaat, solat sunat Hari Raya,
serta majlis-majlis keagamaan seperti tadarus Al-Quran, kelas-kelas pengajian
agama, ceramah, dan majlis-majlis keraian. Dengan adanya surau ini, ia akan
memberikan keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat dalam menjalankan
ibadah dan aktiviti harian berteraskan keagamaan.